PUSAT KEGIATAN GURU YAN
d/a SEKOLAH KEBANGSAAN LANGKASUKA
06910, YAN, KEDAH.

TEL : 04-465 5550 FAX : 04-465 8704 EMEL : pkgyan@gmail.com / pkg_yan@moe.edu.my
GERBANG MAKLUMAT PSS & ICT SEKOLAH

Saturday 13 April 2013

Selamat Bertukar dan Selamat Datang Buat Juruteknik Komputer PKG Yan Yang Lama dan Baharu



PKG Yan merakamkan ucapan terima kasih buat Encik Mohd Nor Hafifi bin Anuar atas khidmat yang dicurahkan sepanjang bertugas di PKG Yan bermula tahun 2010 hingga 1 April 2013. Selamat berkhidmat di tempat baharu. Moga sumbangan dan khidmat saudara dipertingkatkan lagi. Selamat bertugas dengan sempurna di PKG Teluk Kechai. Warga PKG Yan menghargai sumbangan saudara dan didoakan agar sentiasa sihat dan dirahmati Allah.



Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan layu-layuan...



Selamat datang kepada Encik Khairul Amir bin Muhammad yang bertukar masuk dari SK Sungai Acheh, Pulau Pinang. Selamat berkhidmat dengan cemerlang di tempat baharu. Warga PKG Yan menyambut baik kehadiran saudara dan berharap saudara dapat berkhidmat dengan cemerlang di PKG Yan.

Sunday 7 April 2013

Pertandingan Pemilihan Tokoh NILAM Daerah KMY


PPD Kuala Muda Yan telah menganjurkan Pertandingan Pemilihan Tokoh NILAM Daerah KMY tahun 2013 di PKG Bujang pada 27 dan 28 Februari 2013.

PKG Yan telah menghantar tiga orang tokoh NILAM mewakili PKG Yan iaitu;
1. Noor Fatima Zahra bt. Muhammad Halim (NILAM Bahasa Inggeris/SK Langkasuka)
2. Nur Syamimi bt. Abu Hashim (NILAM Bahasa Melayu/SK Tok Mat Salleh)
3. Syahira bt. Mohd Zakri (NILAM Bahasa Melayu/SK Langkasuka)
4. Nurul Syafiqah bt. Mohd Lukman (NILAM Bahasa Melayu/SMKA Yan)


Keputusan:


1. Noor Fatima Zahra bt. Muhammad Halim (NILAM Bahasa Inggeris/SK Langkasuka) menjadi Johan Daerah KMY bagi kategori NILAM Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dan akan mewakili Daerah KMY ke pertandingan peringkat Negeri Kedah.

2. Nurul Syafiqah bt. Mohd Lukman (NILAM Bahasa Melayu/SMKA Yan) mendapat tempat Naib Johan bagi kategori NILAM Bahasa Melayu Sekolah Menengah. 

Tahniah diucapkan.


Sila klik untuk paparan besar