PUSAT KEGIATAN GURU YAN
d/a SEKOLAH KEBANGSAAN LANGKASUKA
06910, YAN, KEDAH.

TEL : 04-465 5550 FAX : 04-465 8704 EMEL : pkgyan@gmail.com / pkg_yan@moe.edu.my
GERBANG MAKLUMAT PSS & ICT SEKOLAH

Monday 10 September 2012

Program Membaca Kebangsaan 2012


Perhatian Kepada:

SK Teroi
SJKC York Khoon


Sekolah tuan terpilih untuk menyertai Program Membaca Peringkat Kebangsaan 2012 (READ2012) yang akan diadakan pada 22-25 Oktober 2012. Majlis pelancaran program ini pada 24 Oktober 2012 di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, pihak sekolah diminta mengisi maklumat sekolah dalam web berikut;
http://www.readtogether.com.my/

Tahniah dan terima kasih.



Sunday 9 September 2012

Kemaskini IQ-PSS segera

Salam Bahagia;


Makluman mesra buat Guru Perpustakaan dan Media sekolah-sekolah kelompok PKG Yan;

Harap dapat mengemaskini maklumat dalam sistem IQ-PSS. Bagi sekolah yang telah mengemaskini dan menghantar data berkenaan ke pihak PKG Yan, saya ucap terima kasih dan saya telah mengambil tindakan sewajarnya.

Hanya dua buah sekolah lagi yang masih berstatus 3 (di pihak sekolah). Harap dapat segera kemaskini dan majukan ke PKG melaui sistem itu. Saya akan tarafkan PSS sekolah-sekolah melalui sistem ini pada mesyuarat GPM kita nanti.

Terima kasih.


Salam Hormat;
Luqman Hidayat
PKGYan