SALAM AIDILADHA
"Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk
bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah
yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua
hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya
Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua
hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha."
(Diriwayatkan Imam
Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari
Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang
dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu
dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum
darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada
dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.”
(Hadis riwayat
At-Tirmizi)
"Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
(Hadis riwayat oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim)
Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.